Saturday 16 April 2016

PROGRAM PENCERNAAN MINDA - NISA

13 April 2016 - Program Pencernaan Minda  bersempena Sketsa Rukun Negara Kelab 1 Malaysia Peringkat Daerah Kubang Pasu 2016
Anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kubang Pasu telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Ibnu Sina SMK Jitra .

Untuk pengetahuan semua , program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Kelab 1 Malaysia di Daerah Kubang Pasu . Secara tidak langsung pelajar -pelajar yang hadir di kalangan ahli kelab akan mendapat pendedahan tentang sketsa rukun negara dan aktiviti teras Kelab 1 Malaysia.

Program tersebut bermula pada jam 3 petang. En Mohd Dali bin Awang dan Pn Nurisah binti Ahmad juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada petang itu. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku sebaik sahaja Pegawai Penerangan Daerah Kubang Pasu iaitu En Harun bin Kereya tiba dan seterusnya bacaan doa dialunkan oleh Azrul Farhan bin Rafie Ravi. Kemudiannya , majlis diteruskan dengan persembahan Sketsa Rukun Negara Kelab 1 Malaysia dari SMK Jitra. Persembahan sketsa yang dilakonkan itu sangat mencuit hati para pelajar dan tetamu yang hadir. Antara barisan pelakonnya ialah Kayla Ooi Yu Jin , Suwarnakalisswaren A/L Velayutham , Irdina Syaza , Mohd Amirul Sofie dan Syed Muhammad Haikal bin Syed Husni.

Selepas tamatnya persembahan tersebut , En Harun bin Kereya dijemput untuk meyampaikan ucapan dan ulasan tentang program yang diadakan tersebut. Dalam ucapannya , beliau berharap pasukan sketsa SMK Jitra akan berjaya merangkul gelaran juara pada peringkat negeri nanti. Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Kedah akan diadakan pada 28 April 2016 di SMK Pendang.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil oleh En Harun bin Kereya kepada peserta pertandingan sketsa. Sijil - sijil tersebut turut diberikan kepada pelajar -pelajar sekolah lain yang hadir. Antaranya SMK Seri Mahawangsa , SMK Tunku Bendahara dan SMK Tanjung Pauh.

Selain itu , Kuiz Kenegaraan juga turut diadakan kepada para pelajar. Kuiz ini diberikan oleh Pn Noor Faeizah Ahmad iaitu Pegawai Penyelaras Kelab 1 Malaysia , Pejabat Penerangan Daerah Kubang Pasu. Ramai pelajar yang mencuba nasib untuk menjawab kuiz. Sebagai ganjarannya , mereka diberikan hadiah.

Terima kasih di atas komitmen semua pihak yang telah menjayakan program ini . Diharapkan semoga pasukan sketsa SMK Jitra akan berjaya pada peringkat negeri nanti.

No comments:

Post a Comment

MAJLIS BACAAN YASSIN MEGA DAN KHATAM AL-QURAN KALI PERTAMA TAHUN 2024

[ 21 Mac 2024 ] SMK Jitra telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Mega dan Khatam Al-Quran kali pertama pada tahun 2024. Majlis ini diadakan d...