Friday 3 March 2017

CERAMAH KEJAYAAN LIMKOKWING - Maryam



26 Februari 2017 - Ceramah Kejayaan Limkokwing telah diadakan di Dewan Ibnu Sina pada pukul 2 petang melibatkan pelajar Tingkatan 5 dan Pra-Universiti. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar dalam perancangan masa hadapan dengan menjadikan minat sebagai kerjaya untuk pelajar-pelajar SPM dan Pra-U kerana mereka akan melangkah ke dunia yang baru. Ceramah ini disampaikan oleh En Saiful Aziman Mazlan yang merupakan pensyarah multimedia di Universiti Limkokwing dan juga bekas pelajar SMK Jitra,

Dalam ceramah tersebut En Saiful menceritakan pengalaman kerjayanya dalam bidang filem serta memperkenalkan pengasas Universiti Limokwing iaitu Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr Lim Kok Wing. Beliau menekankan kepada pelajar untuk tidak menjadikan perkara lain sebagai halangan untuk mengikuti impian diri. En Saiful telah membantu pelajar membuka mata untuk bijak merancang kerjaya dan cita-cita masing-masing.

Universiti Limkokwing merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di Malaysia yang bertaraf dunia. Limkokwing menawarkan pelbagai kursus Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, DBA, PhD, Bahasa dan kursus-kursus profesional dalam pelbagai bidang seperti:
  • Rekabentuk Grafik
  • Rekabentuk Pakaian
  • Fotografi Digital
  • Animasi
  • Interaktif & Rekabentuk Laman Web
  • Penyiaran (Radio & TV)
  • Sunting Digital
  • Seni Persembahan
  • Rekabentuk Bunyi & Muzik
  • Pengurusan Pelancongan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Kewangan Islam 
Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada En Saiful Aziman Mazlan kerana telah meluangkan masa untuk memberikan ceramah di SMK Jitra. Semoga pelajar-pelajar dapat merancang impian diri dan mempunyai masa hadapan yang cerah.
  •  

No comments:

Post a Comment

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...