Thursday, 2 March 2017

PROGRAM PELAJAR BEBAS JENAYAH-AINA

1/3/2017-Remaja pada masa kini seringkali kedengaran terlibat dalam masalah sosial terutamanya pelajar sekolah.Maka,Program Pelajar Bebas Jenayah telah diadakan yang dianjurkan oleh Bahagian Penguatkuasaaan Undang-undang Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.Progam ini melibatkan semua guru dan pelajar SMK Jitra pada sesi pagi dan dimulai dengan ucapan Tuan Pengetua.Seterusnya,Tuan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah telah memberi ucapan dan kesedaran tentang jenayah syariah kepada hadirin.

Antara objektif program ini adalah:

  • Kempen mencegah berlaku jenayah syariah dalam kalangan pelajar
  • Membantu pihak sekolah membentuk akhlak mulia para pelajar
  • Memperkenalkan tabiat buruk yang menjadi kesalahan jenayah syariah berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 
  • Menyatakan semua kesalahan jenayah dan hukuman jika disabit kesalahan
Program yang bermula jam 11:30 pagi berakhir kira-kira jam 2 petang telah diadakan di Dewan Ibnu Sina.

Semoga semua warga SMK Jitra menerapkan nilai-nilai positif dan akhlak mulia dalam diri dalam kehidupan seharian agar jenayah syariah mampu dielakkan sekali gus menggapai masa depan yang lebih cerah.

No comments:

Post a Comment