19 Jun 2017 - Baru -baru ini SMK Jitra telah menerima kunjungan daripada CEO Zakat Kedah , Ustaz Zakaria dan beberapa pegawai dari Zakat Kubang Pasu , Ketua Sektor Pendidikan Islam , Pegawai JPN dan juga disertai pihak media. Kunjungan mereka membawa berita yang amat menggembirakan bagi seluruh warga SMK Jitra. Hal ini demikian kerana SMK Jitra merupakan penyumbang zakat tertinggi kategori sekolah dalam negeri Kedah. Potongan sebulan adalah kira-kira RM16 000 atau lebih dan setahun RM194 000 atau lebih.
Tujuan utama kunjungan pihak zakat adalah untuk memaklumkan bahawa mulai pada tahun ini penyumbang zakat akan mendapat semula 38.00% atau lebih daripada nilai sumbangan. Maka , bagi SMK Jitra akan mendapat RM74 000 pada tahun ini. Sehubungan itu , Ustaz Zakaria akan membuat 'roadshow' ke seluruh negeri Kedah untuk memaklumkan hal tersebut.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK Jitra.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
No comments:
Post a Comment