Monday 19 June 2017

Malaysia Quran Hour 2017 - 'Aqilah

19 Jun 2017  bersamaan 24 Ramadhan 1438H telah berlangsungnya Program Malaysia Quran Hour 2017 buat kali ke 3 di Malaysia.

Seluruh umat Islam bersatu hati dalam program 1 jam bersama Al-Quran di mana ayat Al-Quran yang seharusnya dibaca, difahami, dihayati dan diamalkan bagi melahirkan bangsa "Berbudi dan Penyayang" yang menjadi tema bagi tahun ini.

Gelombang Al-Quran di bumi Smk Jitra telah dipimpin oleh khalifah Muhammad Alif Akmal,  Muhammad Muaz dan Ammar Qayyum . Surah Al-Kahfi, As-Sajadah, Ad-Dukhan dan Al-Insan telah dialunkan. Program ini dimulakan pada jam 12.00 - 1.00 petang.

#QuranHour
#WorldQuranHour
#SmkJitraQuranHour

No comments:

Post a Comment

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...