Friday 22 September 2017

MAJLIS ANUGERAH KLUSTER KETERAMPILAN 2017- NABIL

10.9.2017 - Sebuah majlis anugerah telah diadakan di SMK Jitra pada malam 10.9.2017. Acara ini bermula dari pukul 8.30 hingga 11.00 malam. Majlis Anugerah Kluster Keterampilan (MAKK) diadakan untuk memberi penghargaan kepada semua yang terlibat dengan unit hal ehwal murid dan kokurikulum. Sebagaimana yang kita tahu, SMK Jitra telah merangkul banyak kejayaan daripada pertandingan-pertandingan peringkat daerah, negeri mahupun peringkat nasional. Perkara ini sekali gus menaikkan nama sekolah SMK Jitra sebagai sebuah sekolah yang hebat. Jadi, tidak ada gunalah jika pelajar yang bersusah payah memerah keringat menaikkan nama sekolah ini tidak diberi penghargaan yang bermakna buat mereka. Majlis ini disertai lebih 300 orang pelajar, guru-guru yang terlibat, barisan pentadbir sekolah, YDP PIBG SMK Jitra, Tuan Haji Mohammad bin Abdul Rahim selaku Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu dan tetamu kehormat merangkap VVIP pada malam tersebut ialah YB Dato' Aminuddin bin Omar. Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, dan Pembangunan Insan Negeri Kedah.

Dato' Aminuddin bin Omar segak berpakaian batik.
Sebanyak 3 sesi penyampaian hadiah diadakan yang disampaikan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Mohammad dan Dato' Aminuddin. Seramai 300 orang pelajar diraikan pada malam tersebut. Penerima hadiah telah menaikkan nama sekolah dalam banyak acara yang dipertandingkan.

Kayla Ooi Yu Jin telah dianugerahkan sebagai Tokoh Pelajar Kokurikulum tahun 2017 kerana merupakan pelajar terbaik  akademik dan juga melibatkan diri secara aktif dalam  kokorikulum seperti menjadi atlet rumah Nilam, pemain bola keranjang,berbakat dalam nyanyian,  mewakili sketsa Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri berturut-turut di samping merupakan antara AJK tertinggi pengawas sekolah.

Para penerima hadiah.
Pelbagai persembahan diadakan untuk mewarnai malam yang gemilang itu. Antaranya ialah nasyid dan nyayian yang dipersembahkan oleh pelajar dan juga bekas pelajar SMK Jitra. Walaupun hujan pada malam itu, semua yang hadir pada malam tersebut masih dapat menikmati persembahan dan juadah yang disediakan. Oleh.itu, majlis ini telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Terima kasih kepada para guru dan pelajar yang hadir serta tetamu jemputan kerana menjayakan malam tersebut.  


 

                                                                                                                         Kredit Foto: Imran Asyraf

No comments:

Post a Comment

MAJLIS BACAAN YASSIN MEGA DAN KHATAM AL-QURAN KALI PERTAMA TAHUN 2024

[ 21 Mac 2024 ] SMK Jitra telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Mega dan Khatam Al-Quran kali pertama pada tahun 2024. Majlis ini diadakan d...