Sunday 24 September 2017

#SEHATI SEJIWA, SALAM MERDEKA

20 Sept. 2017 - Kelab 1Malaysia SMK Jitra telah menyertai Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah yang diadakan di SMK Hosba. Acara dimulakan seawal 8.00 pagi apabila pihak Jabatan Penerangan diwakili oleh Pegawai Penerangan Pn. Faeizah bt. Ahamad menyampaikan taklimat kepada para peserta.
         
          Sambutan tersebut dihadiri oleh ahli Kelab 1Malaysia SMK Jitra, SMK Seri Mahawangsa, SMK Hosba,SMK Pulau Nyior, SMK Permatang Bonglai dan SMK Jerlun. Sambutan turut dimeriahkan dengan sambutan Hari Kokurikulum SMK Hosba dengan pelbagai atur cara seperti gerai-gerai jualan, pertandingan memasak laksa, pertandingan roket, juga turut dimeriahkan dengan penampilan pihak komuniti setempat dan sekitar melalui acara pakaian beragam merdeka, gubahan merdeka dan mencipta sandwich merdeka. Acara diteruskan dengan pertandingan mencipta kad sempena Hari Kemerdekaan.





         Dalam acara penutup dan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh YB Dato' Ahmad Zaini bin Japar, ADUN Bukit Kayu Hitam, SMK Jitra menjadi fokus utama apabila berjaya menggondol beberapa hadiah utama iaitu Anis Ayuni bt. Amran(T3Ar)Johan Mencipta Kad Merdeka Peringkat Negeri, Nor Athirah bt. Jamil (T4)Tempat Kedua Mencipta Kad Merdeka Peringkat Negeri, Nur Alya Irdina bt. Roslan (T5 Em)Johan Mencipta Kad Merdeka Peringkat Daerah, dan tempat Nurul Fiffi Amni (T4Tp) Kelima Mencipta Kad Merdeka Peringkat Daerah. Para pemenang membawa pulang hamper dan wang tunai.

No comments:

Post a Comment

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...