Tuesday 31 October 2017

SELAMAT DATANG CIKGU - NABIL

31.10.2017 - Satu majlis telah diadakan untuk menyambut ketibaan pengetua baru SMK Jitra, Encik Osman bin Noor. Beliau hadir ke SMK Jitra tepat pada jam 1 tengah hari. Encik Osman disambut meriah oleh guru-guru yang terlibat. Encik Osman juga merupakan bekas pengetua  SMK Syed Mohamed Al-Bukhary dan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Sebenarnya, Encik Osman bukanlah 'orang baru' di mata warga SMK Jitra kerana beliau pernah menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) beberapa tahun lalu. Dalam ucapannya, beliau menceritakan nostalgia-nostalgia yang masih kekal dalam ingatannya lebih-lebih lagi semasa SMK Jitra dilanda banjir. Beliau juga mengharapkan agar dapat bekerjasama dengan para guru dan dapat menerima tunjuk ajar daripada mereka. Majlis sambutan tersebut disudahi dengan acara memotong pulut kuning dan jamuan makan. Akhir kata, selamat datang ke SMK Jitra kami ucapkan dan semoga dengan kehadiran cikgu SMK Jitra akan mencapai kecemerlangan dalam semua lapangan.





No comments:

Post a Comment

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMK JITRA 2024

2 Mei 2024 bersamaan 24 Syawal 1445H, berlangsungnya Sambutan Hari Raya SMK Jitra 2024. Sambutan hari raya pada tahun ini disambut dengan me...