Sunday 24 December 2017

PENGUMUMAN

PENDAFTARAN DAN ORIENTASI TINGKATAN 4

PADA: 28 DISEMBER 2017 (8.00 PAGI)

TEMPAT : DEWAN IBNU SINA

SEMUA PELAJAR TINGKATAN 4 2018 DIWAJIBKAN HADIR

*Ralat ini berikutan kesilapan tarikh yang dinyatakan sebelum ini. Harap maklum.


Saturday 16 December 2017

PENGUMUMAN PT3 SMK JITRA - Zalikha

14/ 12/ 2017 -  Pengumuman PT3 SMK Jitra telah diadakan di Dewan Ibnu Sina pada jam 10.00 pagi. Seramai 205 calon PT3 2017 telah berjaya mencapai 100 % lulus bagi keseluruhan mata pelajaran dengan pencapaian sekurang-kurangnya 4A. Seramai 5 orang calon mencapai 11A, 24 calon mencapai 10 A dan 23 calon mencapai 9A. Pencapaian tersebut memberikan semangat kepada semua pelajar SMK Jitra untuk terus mencapai kegemilangan dalam segenap aspek.

            Dalam ucapan Tuan Pengetua, Encik Osman bin Noor; beliau merakamkan ucapan tahniah untuk semua calon. Beliau turut membacakan syarat minimum ke aliran sains menurut Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sekurang-kurangnya mendapat gred C bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Syarat ini akan diguna pakai dalam menentukan  pakej aliran untuk ke Tingkatan 4 2018.

            Suasana di dalam Dewan Ibnu Sina begitu meriah dengan pelbagai gelagat calon, waris dan para guru. Buletin SMK Jitra sempat merakamkan gelagat tersebut untuk diabadikan. Tahniah kepada semua calon PT3 2017 yang berjaya melepasi pencapaian minimum bagi semua subjek.


 



Saturday 2 December 2017

Dr Afifi penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2017- BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Pensyarah Pusat Islam di Fakulti Teologi, Oxford University, United Kingdom, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, diumum penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H/2017.
Beliau menerima wang tunai RM50,000, sebuah trofi dan sijil penghargaan.
Anugerah disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, sempena majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H/2017 di Masjid Wilayah, di sini sebentar tadi.
Turut mengiringi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.
Lapan individu lain pula menerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini.
Mereka ialah Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md Amin; Atase Agama di London, Datuk Wan Mohamad Syeikh Abdul Aziz; mantan Duta Malaysia pertama ke Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.
Pengerusi Yayasan Murni Aqidah (YMA), Datuk Aidit Ghazali; Pengerusi Eksekutif International Shaariah Research Academy (ISRA), Prof Dr Mohamad Akram Laldin; Penel Pemikir Dakwah Negara, Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin; Ahli Majlis Perundingan Islam, Prof Datin Dr Raihanah Abdullah serta penyelidik astronomi, Dr Nur Adlyka Ainul Annuar.
Semua mereka menerima wang tunai RM20,000, sebuah trofi serta sijil penghargaan.
Penganugerahan itu berdasarkan sumbangan besar individu terbabit dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat kebangsaan dan global yang diiktiraf pelbagai pihak.
4690 dibaca
YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menyampaikan Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kepada Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti sambil disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

Friday 1 December 2017

SALAM MAULIDUL RASUL- AZIM

Image result for maulidur rasul 2017



1.12.2017-Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi pada pada Isnin (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahuwataala. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Perbanyakkanlah selawat ke atasnya supaya mendapat syafaatnya di akhirat kelak.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....