Tuesday, 6 February 2018

KEJAYAAN PASUKAN SOFTBALL SMK JITRA - ASMA

6/2/2018 - Pasukan softball SMK Jitra U18L telah berjaya meraih gelaran Naib Johan peringkat daerah pada hari ini. Kejayaan pasukan softball ini merupakan kejayaan sulung pada tahun 2018 dan semoga dapat memberi suntikan untuk meraih kejayaan yang lebih gemilang. Tuan Pengetua SMK Jitra iaitu Encik Osman bin Noor dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada para pemain,jurulatih,pengurus dan semua penyumbang tenaga yang terlibat merealisasikan kemenangan pasukan softball SMK Jitra. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua. Pihak Buletin SMK Jitra mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan softball SMK Jitra yang telah meraih gelaran naib johan peringkat daerah sekaligus berjaya mengharumkan nama sekolah.
"SMJ - BEAT THE LIMIT"

No comments:

Post a Comment

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

   Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...