Sunday 4 February 2018

SUKANTARA SMK JITRA 2018 - NABIL

4.2.2018 - Sukantara merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di sekolah-sekolah dalam Malaysia. SMK Jitra mengadakan sukantara pada 4 hingga 6 Februari 2018 bermula dari jam 3 hingga 6 petang. Hari Ahad dikhaskan untuk pelajar lelaki, Isnin pelajar perempuan rumah Baiduri, Delima dan Zamrud manakala Selasa pelajar perempuan rumah Nilam dan Mutiara. Aktiviti dimulakan dengan senaman memanaskan badan untuk mengelakkan kecederaan semasa bersukan. Antara aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan ialah lari 200m, lontar peluru dan lompat jauh. Rumah sukan yang mendapat kehadiran terbanyak akan mendapat wang tunai sebanyak RM200.
Berikut adalah senarai rumah sukan yang memenangi dalam sukantara ini :

SESI PETANG : Rumah Delima dengan markah 310 
SESI PAGI : Rumah Nilam dengan markah 527 
KEHADIRAN TERBANYAK SUKAN TARA : Rumah Delima 
JOHAN KESELURUHAN : Rumah Delima 

Sukantara membantu menyihatkan dan mencergaskan badan para pelajar. Ia juga mengeratkan hubungan silaturahim diantara guru dan pelajar. Oleh itu, diharapkan aktiviti seperti ini akan diteruskan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kebaikan bersukan. "Badan Sihat, Otak Cerdas"

No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...