10/3/2018 - Karnival Kepenggunaan Peringkat Daerah telah diadakan di SMK Jitra pada 10 Mac 2018 yang bermula pada pukul 8.00 pagi - 2.00 petang . Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan karnival kepenggunaan ini antaranya explore race , sukaneka , pertandingan melukis poster bertemakan alam sekitar dan sebagainya. Para peserta yang terlibat mendaftar di meja pendaftaran pada pukul 8.00 pagi dan aktiviti dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Terdapat juga beberapa gerai jualan yang menjual pelbagai makanan dan minuman. Penglibatan karnival ini melibatkan sekolah-sekolah yang terpilih di daerah Kubang Pasu. Aktiviti yang dianjurkan dalam karnival ini telah memberikan pengalaman kepada para peserta untuk merancang strategi, semangat kerjasama, kesukanan dan lain-lain lagi.
Justeru , karnival sebegini sewajarnya diadakan lagi bagi melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah dari segi kokurikulum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
No comments:
Post a Comment