Thursday, 15 March 2018

KEPUTUSAN SPM SMK JITRA 2018 - ADAM, NISAH, ASMA, AIDIL, NABIL

15/3/2018 - Tepat jam 10 pagi, keputusan SPM 2017 telah diumumkan di Dewan Ibnu Sina. Para pelajar Tingkatan 5 seramai 228 orang calon SPM  2017 hadir untuk mengambil keputusan masing-masing. Mengikut keputusan SPM , SMK Jitra telah diiktiraf antara sekolah terbaik negeri Kedah dan  telah mendapat gred purata 2.90.
Seramai 14 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan semua A. Seorang pelajar SMK JITRA iaitu Ooi Hui En   telah mendapat 11 A+ dalam peperiksaan SPM 2017 dan merupakan antara pelajar terbaik negeri Kedah . Semua pelajar, guru dan ibu bapa berasa bangga dengan kejayaan yang telah diraih oleh semua pelajar.
Kejayaan pada kali ini telah memberikan perangsang kepada semua warga SMK Jitra untuk terus cemerlang dalam semua bidang pada masa-masa akan datang.











No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN PEMILIHAN GIMNASTIK ARTISTIK MSSK 2019- AINA

19/2/19- Pada 15 dan 16 Februari yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Pemilihan Gimnasik Artistik Majlis Sukan Sekolah Kedah (MSSK) yan...