Sunday 29 April 2018

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERTUBUHAN BADAN BERUNIFORM 2018 - ADAM,ASMA

28/4/18 - Satu pertandingan kawad kaki telah diadakan di SMK Jitra. Pertandingan kawad kaki yang telah melibatkan semua badan beruniform di SMK Jitra telah mendapat penglibatan pelajar sebanyak 289 orang. Pertandingan kali ini, juga telah melibatkan penglibatan beberapa orang guru SMK Jitra sebagai penyelaras dan juga 2 orang pelajar daripada SMK Tunku Anum,Tunku Abdul Rahman sebagai pembantu jurulatih. Tahniah diucapkan kepada para pemenang iaitu :

Pagi Keseluruhan:

  1. KADET REMAJA SEKOLAH PUTERI
  2. KADET POLIS PUTERI
  3. PENGAKAP PUTERA 
Petang Keseluruhan:
  1. KADET REMAJA SEKOLAH PUTERI
  2. PANDU PUTERI
  3. KADET REMAJA SEKOLAH PUTERA

Pihak Buletin mewakili pihak sekolah dan para pelajar mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan para pelajar. Untuk makluman,pihak sekolah akan menghantar 5 pasukan terbaik untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah.




No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...