Tuesday 1 May 2018

KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH - NISAH

28/4 - 30/4 - Pertandingan Kejohanan Bola Jaring peringkat daerah telah diadakan pada 28 April hingga 30 April bertempat di D' futsal Kepala Batas. Pada 28 April pertandingan bermula dengan perlawanan bawah 18 tahun dan pada 29 April perlawanan bagi bawah 15 tahun manakala pada 30 April pula perlawanan antara bawah 12 tahun , 15 tahun dan 18 tahun bagi suku akhir dan akhir untuk menentukan johan , naib johan dan tempat ketiga. SMK Jitra telah menghantar 2 pasukan bola jaring yang terdiri daripada bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Beberapa orang guru pengiring serta jurulatih pasukan bola jarimg SMK Jitra juga telah mengahadiri kejohanan bola jaring bagi memberi sokongan kepada atlet-atlet bola jaring SMK Jitra.

Dengan berkat dan usaha yang berterusan , SMK Jitra telah layak ke suku akhir bagi kedua-dua pasukan. Manakala pasukan bawah 18 tahun telah berjaya ke akhir bagi penentu johan dan naib johan manakala bawah 15 tahun hanya layak ke suku akhir kerana tewas menentang pasukan bola jaring dari SMK Sains Kubang Pasu.Syabas dan tahniah diucapkan kepada atlet-atlet bola jaring yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah iaitu dengan bawah 15 mendapat tempat ketiga manakala bawah 18 telah mendapat naib johan. Penghadang terbaik juga telah disandang oleh Goal Keeper SMK Jitra iaitu Aunie Aqielah tingkatan 4.

Justeru , berharap aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi bagi mengasah bakat terpendam para pelajar dalam bidang kokurikulum.





No comments:

Post a Comment

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMK JITRA 2024

2 Mei 2024 bersamaan 24 Syawal 1445H, berlangsungnya Sambutan Hari Raya SMK Jitra 2024. Sambutan hari raya pada tahun ini disambut dengan me...