16/5/18 - Setiap pertemuan , sudah pasti ada perpisahan , itulah dinamakan lumrah kehidupan. Sehubungan itu , dalam meraikan Sambutan Hari Guru , SMK Jitra juga telah meraikan majlis persaraan Puan Pawziyah dan Encik Shahabudin . Majlis persaraan ini diadakan di Dewan Ibnu Sina yang bermula pada pukul 12 tengah hari dan tamat pada pukul 2 petang . Puan Pawziyah merupakan guru tingkatan 6 manakala Encik Shahabudin merupakan seorang guru kaunseling. Pihak SMK Jitra dengan berat hati melepaskan dua orang insan yang sangat berdedikasi dalam mendidik dan memotivasi para pelajar. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Guru Penolong Kanan iaitu Yang mulia , Puan Raja Sharifah Binti Raja Ismail dan seterusnya ucapan daripada Encik Shahabudin dan Puan Pawziyah. Majlis diakhiri dengan pemberian hadiah daripada para pelajar dan guru-guru kepada Encik Shahabudin dan Puan Pawziyah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025
Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....
-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...




No comments:
Post a Comment