16/5/18 - Pada setiap tahun Hari Guru pasti akan diraikan di setiap sekolah sebagai tanda menghargai jasa dan mengenang budi guru yang telah memberi didikan kepada kita. Justeru , SMK Jitra telah mengadakan Sambutan Hari Guru pada 16 Mei yang bertempat di Dewan Ibnu Sina. Sambutan ini bermula kira kira pada pukul 8.00 pagi iaitu ketibaan para pentadbir sekolah dan guru-guru serta berakhir pada pukul 2.00 petang.
Pelbagai aktiviti diadakan bagi meraikan guru antaranya , sukaneka yang mempunyai pelbagai acara menarik serta bola tampar iaitu perlawanan antara guru dan murid-murid. Selepas itu , sambutan tersebut telah dimeriahkan lagi dengan acara di dalam dewan iaitu persembahan daripada para pelajar dan guru. Antaranya alunan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah , persembahan lagu daripada guru-guru pelatih , persembahan lakonan daripada pelajar prauniversiti rendah dan berbagai lagi.
Sambutan sebegini wajar diadakan lagi bagi meraikan guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk mendidik kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MAJLIS GRADUASI PELAJAR TINGKATAN ENAM 2023/2024
24 JUN 2025 Hari Selasa yang lalu, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2023/2024 telah diumumkan. Tahni...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
No comments:
Post a Comment