Wednesday, 6 June 2018
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN MAJLIS PENUTUPAN IHYA' RAMADHAN - ASMA
6/6/18 - Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Khatam Al - Quran serta Majlis Penutupan Sambutan Ihya' Ramadhan 1439H peringkat SMK Jitra di Dewan Ibnu Sina SMK Jitra. Majlis telah menjemput Ustaz Fidai'y Zainal Abidin Al Hafiz yang merupakan imam Masjid Syarifah Fatihmah selaku khalifah yang mengetuai bacaan Al - Quran pada hari ini. Terdapat juga seorang pelajar SMK Jitra iaitu Amani Amri daripada kelas 5Opal yang telah berjaya menghafal 7 surah pilihan dan memperoleh wang insentif sebanyak RM1000 daripada Tuan Pengetua serta 2 orang pelajar yang juga telah menjalani ujian hafazan dan menerima wang insentif sebanyak RM200. Selain itu,pertandingan kad raya gergasi juga turut diadakan dan para pemenang dipilih mengikut tingkatan. Majlis berakhir dengan pemberian duit raya kepada para pelajar SMK Jitra sumbangan daripada PIBG SMK Jitra serta alumni SMK Jitra. Pihak Buletin SMK Jitra berharap supaya para pelajar akan lebih bermotivasi untuk menghafal Al - Quran dan juga mendekatkan diri dengan Al - Quran ini bukan sahaja pada bulan Ramadhan tetapi pada bulan - bulan berikutnya juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
No comments:
Post a Comment