Sunday 10 June 2018

MAJLIS PENGURNIAAN DAN BERBUKA PUASA ANAK-ANAK YATIM - NABIL

9.6.2018 - Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah, Hajah Haminah. Majlis ini berlangsung di TH Hotel & Convention Center, Alor Setar dari pukul 4 petang hingga 9.30 malam. 350 orang anak yatim daripada 3 daerah di negeri Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena telah terpilih untuk hadir ke majlis ini. Seramai 15 orang pelajar dari SMK Jitra terlibat dengan majlis ini bersama seorang guru pengiring iaitu Ustazah Balqis.

Anak-anak yatim ini telah berbuka puasa dan menerima sumbangan daripada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah serta beberapa penderma-penderma lain. Sumbangan yang diberi merupakan sejumlah wang tunai, baju raya dan hamper. Setelah berbuka puasa dan penerimaan sumbangan, majlis diakhiri dengan sesi bersalaman bersama Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah, Hajah Haminah sendiri.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada usaha murni yang dilakukan oleh yayasan ini dengan beberapa penderma lain kepada anak-anak yatim di negeri Kedah. Sesunguhnya ganjaran yang sangat besar menanti mereka yang menyayangi dan membantu anak yatim lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

No comments:

Post a Comment

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...