Friday, 10 August 2018

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA PERINGKAT NEGERI KEDAH - NABIL

10/8/2018 - Beberapa orang pelajar daripada SMK Jitra telah bertanding dalam satu Pertandingan Mewarna dan Melukis Peringkat Negeri Kedah. Pertandingan yang bermanfaat ini dianjurkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Kedah. Dua orang pelajar dari SMK Jitra telah mendapat tempat dalam pertandingan ini:

1. Nurfarra Niesa binti Abdul Rahman - Johan
2. Nur'izzatul Husna binti Mohd Nazri - Tempat Ketiga

Pertandingan sebegini amat bagus dan bermanfaat kerana ia merupakan satu medium untuk golongan kanak-kanak dan remaja mengasah bakat mereka dalam melukis dan mewarna. Selain itu, tahap kreativiti seseorang dapat dilihat dengan aktiviti sebegini. Diharapkan banyak lagi pertandingan seperti ini akan diadakan pada masa hadapan untuk menonjolkan bakat terpendam pelajar kita.

Akhir kata, pihak buletin ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar dan guru yang terlibat kerana telah menaikkan nama SMK Jitra.
'SMJ - BEAT THE LIMIT'

No comments:

Post a Comment

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

   Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...