Saturday 11 August 2018

MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH - SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (MISS) PERINGKAT NEGERI KEDAH - ASMA

11/8/18 - Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Ihtifal Sekolah - Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (MISS) Peringkat Negeri Kedah dan beberapa orang pelajar SMK Jitra telah meraih beberapa kejayaan untuk sekolah sekaligus berjaya mengharumkan nama sekolah. Antara kejayaan yang diraih adalah:

1. Johan Kuiz Ilmu Wahyu Menengah Atas dan akan menjadi wakil ke ke peringkat Kebangsaan
-Diwakili oleh: Amani, Adlein Nabilah, Hannan Nazira ( 5 Opal )
2. Naib Johan Kalimatus Sobah Menengah Rendah: Ummu Khodijah At-Thohirah ( 2 Fathonah)
3. Ketiga Qiraat Bertarannum: Aufa Bt Abd. Rahim ( 5 Opal)

Pihak Buletin SMK Jitra mewakili semua pelajar dan guru-guru SMK Jitra mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah berjaya meraih semua kejayaan ini. Diharapkan bahawa para pelajar SMK Jitra akan terus berusaha untuk mengharumkan nama sekolah sekaligus memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan apabila menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan.

" SMJ BEAT THE LIMIT " 



No comments:

Post a Comment

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...