Friday, 15 February 2019

KEJOHANAN HOKI MSSD KUBANG PASU 2019 - ADAM

14/2/19 - Bertempat di IPG Kampus Darulaman, satu pertandingan telah berlangsung iaitu Kejohanan Hoki peringkat MSSD Kubang Pasu. Seramai 17 orang pemain telah mewakili Smk Jitra dalam pertandingan tersebut bersama tiga orang guru pengiring iaitu Pn. Yusni Hassan, Pn. Siti Hajar bt. Zainal Abidin, dan Pn. Norma bt. Abu Seman. Kejohanan ini berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Pasukan Smk Jitra telah berjaya mara ke peringkat akhir menentangi pasukan lawan Smk Permatang Bonglai. Pasukan Smk Jitra telah berjaya mendapat naib johan dalam kejohanan tersebut. Upacara penyampaian hadiah pingat disampaikan oleh PK Koko Smk Permatang Bonglai.

Pihak buletin Smk Jitra mengucapkan tahniah kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah kita dengan jayanya. Tahniah diucapkan !

"BEAT THE LIMIT"







No comments:

Post a Comment

KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025

    Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....