Friday 15 February 2019

PERTANDINGAN BADMINTON MSSD KUBANG PASU 2019 - NABIL

15.2.2019 - Pertandingan Badminton MSSD Kubang Pasu 2019 telah diadakan dengan jayanya di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra. Pertandingan ini berlangsung selama 3 hari iaitu dari 13/2 sehingga 15/2. Seramai 19 orang pemain badminton yang berbakat telah mewakili SMK Jitra dalam pertandingan ini. Pemain-pemain tersebut diiringi oleh Encik Abd Aziz bin Kulop Saad dan Puan Rosmawati binti Jumaah yang memberi tunjuk ajar dan menaikkan semangat para pemain. 4 orang pemain berjaya memperoleh tempat iaitu:


  • Jegesakthy - Johan perseorangan & johan beregu 18P
  • Ang Jia Qi - Johan beregu 18P
  • Nurin Auliya binti Mohd Shukri - Johan beregu 15P & tempat ke-3 perseorangan 15P
  • Ng Qi Xuan - Johan beregu 15P
Pihak buletin ingin mengucapkan tahniah kepada  pemain-pemain dan guru-guru yang terlibat dalam pertandingan badminton ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pemain kerana telah bermain dengan bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama sekolah. Semoga lebih banyak kejayaan yang dapat kita perolehi melalui sukan badminton ini.

'SMJ - BEAT THE LIMIT'

Para pemain yang menang bersama Cikgu Aziz dan Cikgu Rosmawati.

No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...