Tuesday 12 February 2019

KEJOHANAN RAGBI ESS TEE KAY 10’s BAWAH 17 TAHUN - ASMA

9/2/19 - Pada hari ini telah berlangsungnya Kejohanan Ragbi Ess Tee Kay 10's Bawah 17 tahun yang bertempat di SMK Telok Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Seramai 15 orang pelajar SMK Jitra telah menyertai kejohanan ini. 15 orang pelajar ini merupakan pelajar yang telah dilatih oleh En. Helmy Sharudin Che Ya dan Jaswardy bin Jaafar dan diiringi oleh 2 orang guru yang terlibat iaitu Pn. Azlin binti Shahar dan Puan Noor Syuhada binti Yaafar. 


Para pelajar ini telah berjaya meraih kejayaan dan bergelar johan dalam kategori Shield. Tahniah diucapkan kepada para pelajar kerana berjaya mengharumkan nama sekolah dan juga syabas kepada guru pengiring dan jurulatih yang telah bertungkus-lumus melatih 15 orang pelajar ini. Diharapkan lebih banyak lagi kejayaan yang dapat dikecapi oleh para pelajar SMK Jitra dalam sukan permainan ragbi ini. 


No comments:

Post a Comment

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...