Tuesday, 12 February 2019

MSSD BOLING TENPIN KUBANG PASU 2019 - ADAM

11/2 ~ 12/2 - Bertempat di Aman Bowl, Aman Central Alor Setar, SMK Jitra telah menghantar wakil  pasukan dalam pertandingan boling yang diiringi oleh Puan Noor Syuhada bt. Yaafar selaku pengurus pasukan dan Puan Azlin bt. Shahar. Dalam pertandingan tersebut , pasukan Smk Jitra telah berjaya meraih pingat perak dalam kategori masing - masing, iaitu Hannah Az Zahra bt. Zaheruddin telah memenangi empat pingat perak dalam acara individu, beregu dan all events bawah 15 tahun perempuan. Bagi kategori acara beregu bawah 15 tahun lelaki pula, Shareh Najmi Amal b. Shareh Azizan dan Muhd. Hasif Fitri b. Ahmad Jelani telah berjaya mendapat pingat perak.

Tahniah diucapkan kepada pemenang  kerana telah mengharumkan nama SMK Jitra dan syabas diucapkan. Semoga terus berjaya pada masa akan datang dalam permainan boling ini.

"SMJ BEAT THE LIMIT"






No comments:

Post a Comment

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

   Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...