Sunday, 10 March 2019

PROGRAM JEJAK MENARA TINGKATAN 6 2019-AINA

10/3/2019- Pada 28 Februari hingga 1 Mac yang lalu, satu program Jejak Menara Tingkatan 6 telah diadakan yang bertempat di Inasis Bank Rakyat Universiti Utara Malaysia (UUM). Program ini telah melibatkan semua pelajar Tingkatan 6 sesi 2018/19.Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti melakukan aktiviti berkumpulan, menawan puncak Bukit Bunga Raya dan ceramah motivasi. Dalam program itu juga, pelajar perempuan Tingkatan 6 iaitu Nareen dari kelas 7A1 dan pelajar lelaki Tingkatan 6 iaitu Farhan Hakimi dari kelas 7A2 telah dinobat sebagai pelajar terbaik program. Majlis penutup program ini kemudiannya dirasmikan oleh Pengarah Pusat Kaunseling UUM, Dr Rosliza bt Ahmad.

Pihak Buletin mengharapkan agar lebih banyak program yang bermanfaat dapat dijalankan buat pelajar-pelajar SMK Jitra.

No comments:

Post a Comment

KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025

    Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....