Sunday, 10 March 2019
RUN AND FITNESS CHAMPIONSHIP MALAYSIA 2019-AINA-
10/3/2019-Pada 9 Mac yang lalu, aktiviti Run and Fitness Championship Malaysia (Peringkat Antarabangsa) telah diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Aktiviti larian ini telah melibatkan penyertaan dari 6 buah negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah, Thailand, Indonesia, Myanmar, China dan India. Pelajar-pelajar SMK Jitra turut mengambil bahagian dalam aktiviti larian ini. Peserta dikehendaki memulakan larian dari perkarangan stadium dan jarak lariannya pula ialah sejauh 2.5 kilometer(km). Pemenang tempat pertama hingga ke-10 terawal akan menerima sijil dan pingat manakala pemenang tempat pertama hingga ke-100 yang terawal akan membawa pulang baju-T dan juga sijil penghargaan. Aktiviti larian ini tamat pada pukul 11:30 pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
No comments:
Post a Comment