Monday, 15 April 2019

KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH - AIDIL

14/4/2019 - Pertandingan kawad kaki peringkat daerah telah diadakan pada 13-14 April bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu. Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah menghantar 3 pasukan kawad kaki iaitu Pengakap, Kadet Remaja Sekolah Puteri dan Kadet Polis Wanita. Pasukan pengakap telah dinobatkan sebagai johan dalam kategori badan bukan kerajaan(NGO) manakala Pasukan Kadet Remaja Sekolah Puteri telah mendapat tempat ke-3 dalam kategori badan kerajaan. Keputusan ini mengharumkan nama SMJ di peringkat daerah dalam pertandingan kawad kaki. Usaha yang bersungguh serta latihan yang berterusan telah membantu mereka mengecapi kejayaan ini. Syabas diucapkan kepada pasukan kawad kaki SMJ. Semoga kecemerlangan ini dapat dicapai pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025

    Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....