Monday, 15 April 2019

KEJOHANAN RAGBI SAINA 7'S - AIDIL

14/4/2019- Pertandingan ragbi 7 sebelah peringkat kebangsaan telah diadakan pada 13-14 April bertempat di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Pertandingan ini disertai oleh banyak sekolah di Malaysia. Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah menghantar 2 pasukan iaitu bawah 17 tahun dan bawah 14 tahun. Pasukan ragbi bawah 14 tahun telah menjadi johan Bowl. Kejayaan ini amat membanggakan sekolah kerana pasukan ragbi mampu untuk bersaing dengan sekolah-sekolah yang kuat dalam permainan ini. Kesungguhan serta pengorbanan telah menjadikan mereka juara dalam pertandingan ini serta mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Diharapkan pasukan ragbi akan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

   Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...