Friday 20 November 2015

TEMUBUAL BERSAMA TUAN PENGETUA - SHAREH, AMIRUL, MARYAM, ALYA , AQILAH & SAKINA

19 November 2015- Sebelum ini telah kami katakan bahawa buruj yang telah menjadi penunjuk arah kami telah hilang. Kini, buruj yang baharu telah muncul untuk menerangi lautan kami semula. Warga buletin SMK Jitra telah mengadakan temubual bersama tuan Pengetua baharu SMK Jitra iaitu Tuan Ahmad Rushdan. Kami yang dianggotai enam orang warga buletin iaitu Amirul Ashraf, Shareh Aizuddin, Fadhlin Sakina, 'Aqilah Husna, Alya Irdina dan fotografer kami iaitu Maryam Insyirah. Beliau sangat berkaliber,berwawasan dan prihatin. Tuan pengetua juga tidak lokek berkongsikan pelbagai cerita berdasarkan pengalaman mengajar. Beliau telah berkhidmat selama hampir 35 tahun dan telah memberi pelbagai sumbangan terhadap generasi kini. Beliau telah menjadi pengetua kepada tiga buah sekolah termasuk SMK Jitra. Semua warga SMK Jitra amat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk mencapai kejayaan di bawah kepimpinan Tuan Ahmad Rushdan.

        Kami telah menanyakan beberapa soalan kepada Cikgu Rushdan. Beliau menjawab soalan kami dengan sangat tenang dan semua jawapan yang diberikan sangat ringkas dan padat. Beliau memberitahu kami tentang perasaan bangga dan seronok beliau kerana dapat memimpin dan menjadi pengetua kepada semua warga SMK Jitra. Beliau menyatakan tentang kemungkinan beliau akan bersara pada tahun 2017.  Walaupun hanya mempunyai tempoh dua tahun untuk memimpin SMK Jitra tetapi kami warga buletin sekolah merasakan bahawa banyak kebaikkan dan peningkatan yang akan diperoleh oleh seluruh warga SMK Jitra. Beliau menegaskan bahawa untuk mencapai sekolah Band 1 dan juga sekolah Berprestasi Tinggi, para pelajar perlulah menjadi amanah serta memberi kerjasama kepada pihak sekolah agar proses untuk mencapai matlamat tersebut berjalan dengan lancar. Beliau juga menegaskan bahawa seluruh warga SMK Jitra perlulah menjadi seperti satu keluarga bagi memudahkan proses tersebut. Persekitaran bagi beliau telah berubah kerana di Kolej Sultan Abdul Hamid, beliau hanya perlu membimbing pelajar lelaki tetapi di SMK Jitra, beliau perlu menghadapi pelajar lelaki dan perempuan. Beliau menegaskan bahawa disiplin para pelajar setakat ini masih berada dalam keadaan baik dan mereka perlulah selalu menjadi warga sekolah yang positif.


Proses Temubual





En Ahmad Rushdan melayari laman Buletin SMK Jitra




       Kami warga buletin SMK Jitra ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana tuan pengetua sudi meluangkan masa bersama - sama kami.

# smkj boleh


No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...