Tuesday 23 February 2016

KEJOHANAN SKUASY 2016 - ALYA

14 Februari 2016 - Kira-kira seminggu yang lalu, Kejohanan Skuasy MSSD Kubang Pasu telah berlangsung dengan jayanya . SMK Jitra telah menghantar seorang sahaja wakil dari sekolah ini untuk bertanding dalam kategori B18L . Encik Ng Hun Chong dan beberapa orang guru turut mengiringi pelajar tersebut untuk memberi semangat.

Pelajar tersebut ialah saudara Nik Shakirin yang merupakan seorang pelajar Tingkatan 5 . Saudara Nik Shakirin sangat rajin orangnya . Rajin berlatih dan mempunyai semangat serta azam yang tinggi untuk berjaya demi mengharumkan nama sekolah . Lagak gayanya yang lincah persis Datuk Nicol Ann David telah memberi kejayaan kepada saudara Shakirin untuk menjadi Johan dan sekaligus layak ke peringkat seterusnya .

Pada 18 Februari baru-baru ini, Kejohanan Skuasy MSS Kedah pula telah berlangsung . Berkat doa dan sokongan guru-guru serta rakan-rakan, saudara Shakirin mendapat Naib Johan dan akan mewakili negeri Kedah ke Kejohanan Skuasy MSSM 2016 . Ribuan ucapan tahniah diucapkan kepada saudara Nik Shakirin . Semoga saudara terus berjaya hingga ke peringkat yang tertinggi .

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA .

No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...