Saturday 30 September 2017

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-14 - NISAH

28 SEPT 2017- Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina telah diadakan baru-baru ini bertempat di Hotel Grand River View , Kota Bharu. Pertandingan ini telah disempurnakan oleh Yb Senator Datuk Chong Sin Woon yang merupa Timbalan Menteri Pendidik II Malaysia. Justeru,SMK Jitra telah menghantar seorang peserta tingkatan 5 iaitu Kayla Oii Yu Jin dan telah menyandang tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.

Syabas dan tahniah diucapkan! Berharap program sebegini dapat diadakan lagi bagi melahirkan generasi yang mahir berbahasa dalam pelbagai bahasa.


Sunday 24 September 2017

KEDAH OPEN CHAMPIONSHIP 2017 - NISAH

22 - 23 SEPT - Baru-baru ini , Kelab Taekwondo SMK Jitra telah menghantar 5 orang peserta untuk menyertai Kedah Open Championship 2017 anjuran Black Belt Board (MTK) dan Kelab Sukan Reakreasi Kota Setar. Pertandingan ini berlangsung pada pukul 10 a.m. hingga 8 p.m. bertempat di Star Parade , Teluk Wanjah , Alor Setar , Kedah. SMK Jitra telah meraih 2 pingat emas dan 1 pingat perak dalam pertandingan tersebut.

Berikut adalah nama-nama peserta dan pingat yang diraih :

1. Mohammad Ikmal Faris Bin Muharis - pingat emas
2. Nur Hani Ainnatun Fadilah Bt Pazil - pingat emas
3. Aisyah Adlina Bt Khairul Anwar - pingat perak
4. Anis Azwa Bt Mohd Asri
5. Muhd Zhafran Bin Zauri

Diharap aktivi-aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi bagi melahirkan ramai atlet teakwondo bertaraf antarabangsa.





BANJIR 'MENZIARAHI' SMJ

24.9.2017 - Itulah kata-kata yang paling sesuai bagi menggambarkan situasi yang berlaku di sekolah awal pagi tadi. Air mula naik sekitar pukul 4.30 pagi tetapi kembali surut pada jam 11.00 pagi. Hal ini adalah disebabkan aliran air berlebihan dari sungai berdekatan Taman Sri Osman Aroff.
 
 Situasi tersebut menyebabkan kawasan sekolah dinaiki air dan semua warga SMK Jitra dalam situasi berjaga-jaga. Sekolah turut dikunjungi pegawai dari PPD sebagai lawatan awal.Tuan pengetua, guru-guru dan staf sekolah antara yang berada di sekolah dari awal pagi bagi pemantauan dan bantuan.

Untuk lebih gambar; lawati Instagram Buletin di buletinsmkjitra

#SEHATI SEJIWA, SALAM MERDEKA

20 Sept. 2017 - Kelab 1Malaysia SMK Jitra telah menyertai Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah yang diadakan di SMK Hosba. Acara dimulakan seawal 8.00 pagi apabila pihak Jabatan Penerangan diwakili oleh Pegawai Penerangan Pn. Faeizah bt. Ahamad menyampaikan taklimat kepada para peserta.
         
          Sambutan tersebut dihadiri oleh ahli Kelab 1Malaysia SMK Jitra, SMK Seri Mahawangsa, SMK Hosba,SMK Pulau Nyior, SMK Permatang Bonglai dan SMK Jerlun. Sambutan turut dimeriahkan dengan sambutan Hari Kokurikulum SMK Hosba dengan pelbagai atur cara seperti gerai-gerai jualan, pertandingan memasak laksa, pertandingan roket, juga turut dimeriahkan dengan penampilan pihak komuniti setempat dan sekitar melalui acara pakaian beragam merdeka, gubahan merdeka dan mencipta sandwich merdeka. Acara diteruskan dengan pertandingan mencipta kad sempena Hari Kemerdekaan.





         Dalam acara penutup dan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh YB Dato' Ahmad Zaini bin Japar, ADUN Bukit Kayu Hitam, SMK Jitra menjadi fokus utama apabila berjaya menggondol beberapa hadiah utama iaitu Anis Ayuni bt. Amran(T3Ar)Johan Mencipta Kad Merdeka Peringkat Negeri, Nor Athirah bt. Jamil (T4)Tempat Kedua Mencipta Kad Merdeka Peringkat Negeri, Nur Alya Irdina bt. Roslan (T5 Em)Johan Mencipta Kad Merdeka Peringkat Daerah, dan tempat Nurul Fiffi Amni (T4Tp) Kelima Mencipta Kad Merdeka Peringkat Daerah. Para pemenang membawa pulang hamper dan wang tunai.

Friday 22 September 2017

MAJLIS ANUGERAH KLUSTER KETERAMPILAN 2017- NABIL

10.9.2017 - Sebuah majlis anugerah telah diadakan di SMK Jitra pada malam 10.9.2017. Acara ini bermula dari pukul 8.30 hingga 11.00 malam. Majlis Anugerah Kluster Keterampilan (MAKK) diadakan untuk memberi penghargaan kepada semua yang terlibat dengan unit hal ehwal murid dan kokurikulum. Sebagaimana yang kita tahu, SMK Jitra telah merangkul banyak kejayaan daripada pertandingan-pertandingan peringkat daerah, negeri mahupun peringkat nasional. Perkara ini sekali gus menaikkan nama sekolah SMK Jitra sebagai sebuah sekolah yang hebat. Jadi, tidak ada gunalah jika pelajar yang bersusah payah memerah keringat menaikkan nama sekolah ini tidak diberi penghargaan yang bermakna buat mereka. Majlis ini disertai lebih 300 orang pelajar, guru-guru yang terlibat, barisan pentadbir sekolah, YDP PIBG SMK Jitra, Tuan Haji Mohammad bin Abdul Rahim selaku Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu dan tetamu kehormat merangkap VVIP pada malam tersebut ialah YB Dato' Aminuddin bin Omar. Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, dan Pembangunan Insan Negeri Kedah.

Dato' Aminuddin bin Omar segak berpakaian batik.
Sebanyak 3 sesi penyampaian hadiah diadakan yang disampaikan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Mohammad dan Dato' Aminuddin. Seramai 300 orang pelajar diraikan pada malam tersebut. Penerima hadiah telah menaikkan nama sekolah dalam banyak acara yang dipertandingkan.

Kayla Ooi Yu Jin telah dianugerahkan sebagai Tokoh Pelajar Kokurikulum tahun 2017 kerana merupakan pelajar terbaik  akademik dan juga melibatkan diri secara aktif dalam  kokorikulum seperti menjadi atlet rumah Nilam, pemain bola keranjang,berbakat dalam nyanyian,  mewakili sketsa Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri berturut-turut di samping merupakan antara AJK tertinggi pengawas sekolah.

Para penerima hadiah.
Pelbagai persembahan diadakan untuk mewarnai malam yang gemilang itu. Antaranya ialah nasyid dan nyayian yang dipersembahkan oleh pelajar dan juga bekas pelajar SMK Jitra. Walaupun hujan pada malam itu, semua yang hadir pada malam tersebut masih dapat menikmati persembahan dan juadah yang disediakan. Oleh.itu, majlis ini telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Terima kasih kepada para guru dan pelajar yang hadir serta tetamu jemputan kerana menjayakan malam tersebut.  


 

                                                                                                                         Kredit Foto: Imran Asyraf

Monday 11 September 2017

BELASUNGKAWA WARGA SMK JITRA ATAS KEMANGKATAN SULTAN KESAYANGAN RAKYAT


     

SULTAN Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar, 2:30 petang tadi. Pengumuman rasmi mengenai kemangkatan baginda akan dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sidang media khas di Wisma Darul Aman, 6 petang ini. Almarhum yang berusia 89 diputerakan 28 November 1927 ialah Sultan Kedah ke-27. Almarhum mewarisi takhta Kedah pada Julai 1958 daripada ayahandanya dan ditabalkan pada Februari 1959.   



sumber :https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/262382/sultan-kedah-mangkat

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....