Monday 26 February 2018

KEJOHANAN SKUASY MSSK NEGERI KEDAH - ASMA

26/2/18-  Pelajar SMK Jitra, Tan Yu Jing telah berjaya meraih tempat ke- 3 kategori 18L. Pelajar tersebut telah meraih tempat pertama dalam kejohanan skuasy 18L peringkat daerah dan mewakili sekolah ke peringkat negeri pada hari ini. Pihak Buletin SMK Jitra amat berbangga dengan kejayaan yang diperoleh pelajar tersebut. Tahniah kepada pelajar ini kerana sekali lagi telah berjaya mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat negeri.

SMJ BEAT THE LIMIT



Saturday 24 February 2018

KEJOHANAN SOFBOL MSSK KUBANG PASU - NABIL

24.2.2018 - 6 orang pelajar dari SMK Jitra telah menyertai Kejohanan Sofbol MSSK Kubang Pasu dari 20 hingga 24 Februari 2018 yang lalu. Kedua-dua pasukan sofbol dari daerah Kubang Pasu telah berjaya merangkul tempat ketiga di bawah kategori 18L dan 18P. Pada 20 dan 21 Februari diadakan latihan pusat yang bertempat di SMK Megat Dewa dan SMK Changlun. Pada 22 hingga 24 Februari pula pertandingan sebenar diadakan bertempat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS). Tahniah diucapkan kepada 6 orang pelajar dari SMK Jitra dan pasukan sofbol 18P dan 18L Kubang Pasu.
"SMJ - BEAT THE LIMIT"

KEMBARA PENGAKAP SELATAN 2018 - ADAM

24/2/18 - Pada pagi ini telah diadakan Kembara Pengakap Selatan 2018 yang bertempat di SMK Khir Johari, Sungai Petani. Seramai 37 orang ahli pengakap SMK Jitra telah menyertai kembara ini. Pn Nor Hafiza dan Pn Nor Rahimah merupakan guru pengiring mereka. Sekitar pukul 8.30 pagi mereka tiba di tempat tersebut dan memulakan aktiviti. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan iaitu, permainan rakyat, kembara pengakap, ikatan simpul tali, radio amateur, memanah, karaoke, kuih traditional, pameran pengakap, Messenger Of Peace (MOP), pentas utama, dan tebus makanan. Sejurus selesai aktiviti ahli -  ahli pengakap SMK Jitra telah mendapat sijil peringkat kebangsaan. Majlis ini berakhir pada pukul 5.30 petang.
Sekian Terima Kasih.




3KM HUMANITARIAN & REFUGEE RUN 2018 - ADAM

24/2/18 - Bertempat di Tasik Darulaman, satu pertandingan telah dijalankan iaitu Fun Run anjuran Persatuan Taekwando dan PPD. SMK Jitra telah menghantar pelajar sebanyak 427 orang peserta dan 14 orang guru pengiring. Sebelum bermulanya larian ini, Dato Sri Mohd Johari bin Baharum telah merasmikan aktiviti ini. Sejurus selesai majlis perasmian, En. Syukri dari SMK Changlun telah memberikan taklimat tentang aktiviti ini dan diteruskan dengan acara senamrobik. Selepas selesai acara larian, acara penyampaian hadiah berlangsung. Peserta dari Smk Jitra telah membawa kejayaan iaitu kategori sekolah menengah lelaki telah mendapat tempat ke-9 dan ke-10, begitu juga dengan kategori sekolah menengah perempuan.








AYUNI TEMPAT KE-9 DAN LEE JIA QIAN TEMPAT KE-10


AFIFUDIN TEMPAT KE-9 DAN AKMAL IMAN TEMPAT KE-10

Friday 23 February 2018

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM, SUKAN DAN HAL EHWAL MURID - AIDIL

22/2/18 - Baru-baru ini, Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum, Sukan dan Hal Ehwal Murid peringkat daerah Kubang Pasu telah diadakan di SMK Jitra. Majlis ini diadakan di Dewan Ibnu Sina dan bermula pada jam 2 petang. Pasukan pancaragam dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim telah memulakan acara mengiringi tetamu kehormat. Anugerah disampaikan oleh Dato Aminuddin Omar dan Tuan haji Muhammad b. Abd. Rahim  Pegawai Pelajaran Daerah Kubang Pasu. Berikut merupakan senarai anugerah yang diterima oleh SMKJ :


  1. Anugerah Hal Ehwal Murid ( Kehadiran Terbaik 2017)
  2. Penghargaan Sekolah Pengelola Program ( Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
  3. Pegawai Teknikal Koakademik ( Bahas Bahasa Melayu - En. Mohd. Nazri b. Abdullah) dan (Sahibba - Pn. Nor Aznim bt. Mohd Radzi)
  4. Anugerah Sukan ( Bola Tampar - SMK JITRA)
  5. Pengerusi Teknik Permainan ( Bola Tampar - Mohd. Hanif b. Mat Isa)
  6. Anugerah Harapan Putera ( Bola Sepak - Mohd. Hafiy B. Hamdan)

Wednesday 21 February 2018

SESI TEMUDUGA KENAIKAN PANGKAT KADET POLIS - ASMA, ADAM

21/2/18 - Pada pagi ini telah diadakan sesi temuduga kenaikan pangkat kadet polis. Sesi temuduga tersebut berlangsung sekitar jam 9.00 pagi sehingga 12 tengah hari. Semua guru kadet polis terlibat dalam pengurusan dan fatihan ini. Aktiviti ini juga disertai oleh enam orang anggota polis dari Balai Polis Kubang Pasu. Sebanyak tujuh orang kadet polis wanita dan tiga orang kadet polis lelaki terlibat dengan ujian kenaikan pangkat ini. Ahli - ahli kadet polis ini diuji dari segi teknik memberi arahan dalam aktivite kawad kaki dan lain - lain serta sedikit sebanyak taklimat tentang pengetahuan am. Aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berakhiri tepat jam 12 Tengah hari.
Sekian Terima Kasih.





KEJOHANAN SKUASY MSSD KUBANG PASU 2018 - ASMA

21/2/18- Bertempat di gelanggang skuasy UUM,Bukit Kachi, Kejohanan Skuasy MSSD Kubang Pasu 2018 telah diadakan. Seorang pelajar SMK Jitra, Tan Yu Jing telah mewakili sekolah dan berjaya meraih gelaran johan dalam kejohanan tersebut. Untuk makluman, pelajar tersebut telah diiringi oleh seorang guru SMK Jitra iaitu Encik Ng Hun Chong. Pihak Buletin SMK Jitra mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar tersebut iaitu Tan Yu Jing yang telah meraih gelaran johan sekaligus berjaya mengharumkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra dalam bidang sukan skuasy ini.

Tahniah, SMJ BEAT THE LIMIT.




Wednesday 14 February 2018

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK JITRA 2018 KALI KE 49 - NISAH , IKA , ADAM

14/2/18 - Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-49 SMK Jitra telah berlangsung dengan jayanya. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti 100m, 200m, 4x100, 1500m terbuka, lompat jauh dan tarik tali. Kejohanan kali ini juga dihangatkan lagi dengan acara 4x50m terbuka dan tarik tali terbuka yang disertai bekas-bekas pelajar SMK Jitra. Selain itu, waris dan guru turut mengambil bahagian dalam acara tarik tali tersebut dengan keputusan berpihak kepada pasukan waris dan guru. Penyertaan daripada setiap rumah sukan telah memeriahkan kejohanan pada tahun ini. Berikut merupakan Olahragawan dan Olahragawati Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra tahun 2018:

OLAHRAGAWAN -  Sreeram Naidu A/L Renganathan telah merangkul pingat:

  •  Emas - 3
  • Perak -2
  • Gangsa -0
OLAHRAGAWATI - Siti Anis Asyiqin Binti Zaaimudin telah merangkul pingat:
  • Emas -4
  • Perak -1
  • Gangsa -0
Berikut pula merupakan kedudukan rumah sukan dan pingat-pingat yang diperoleh oleh setiap rumah sukan :   

1. Rumah Nilam :                                           
  • Emas - 15
  • Perak - 7 
  • Gangsa - 9                            
2. Rumah Zamrud :
  • Emas - 7 
  • Perak - 4
  • Gangsa - 10                                                        
3. Rumah Delima :
  • Emas - 7 
  • Perak - 3 
  • Gangsa - 3 
4. Rumah Mutiara :
  • Emas - 5 
  • Perak - 5 
  • Gangsa - 7 
5. Rumah Baiduri :
  • Emas - 0
  • Perak - 15
  • Gangsa - 5 
Seterusnya , bagi pertandingan khemah tercantik bertemakan flora antara rumah sukan dimenangi oleh Rumah Mutiara manakala pertandingan perbarisan antara rumah sukan dimenangi oleh Rumah Baiduri . Pertandingan perbarisan antara unit beruniform pula dimenangi oleh Kadet Polis Wanita yang telah menjadi johan perbarisan unit beruniform sebanyak 3 tahun berturut-turut.

Justeru dengan adanya aktiviti sebegini dapat mencungkil bakat para pelajar dalam bidang kokurikulum dan sesuai dengan slogan badan cergas , minda cerdas.
"SMJ - BEAT THE LIMIT"

Rumah Nilam - Juara Keseluruhan.

Sreeram Naidu - Olahragawan Sekolah.
Siti Anis Asyiqin - Olahragawati Sekolah.

Kadet Polis Wanita- Perbarisan Unit Beruniform Terbaik.

Rumah Baiduri - Perbarisan Rumah Sukan Terbaik.





Monday 12 February 2018

PERTANDINGAN RUGBY ESS TEE KAY 2018 - ADAM

11/2/18 - Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah menghantar satu pasukan rugby ke pertandingan Rugby Ess Tee Kay. Antara kategori dan keputusan perlawanan ini ialah ;
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra VS Sekolah Menengah Sains Kepala Batas ( 7-15 )
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra VS Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail ( 0-22 )
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra VS Sekolah Menengah Sains Tun Syed Syeikh Shahabuddin ( 5-10 )

PLAYOFF BOWL / SHIELD

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra VS Penang Free School ( 5-10 )
SEMI FINAL SHIELD

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra VS Sekolah Menengah Teluk Kumbar ( 14-0 )
FINAL SHIELD

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra VS Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti ( 19-7 )
Pasukan rugby SMK Jitra telah mengharumkan nama sekolah ini dengan mendapat Johan dalam pertandingan rugby ini. Meraka telah melakukan aktiviti ini dengan bersungguh - sungguh dan akhirnya telah berjaya. Pihak buletin ingin mengucapakan tahniah kepada pasukan rugby SMK Jitra.
SEKIAN TERIMA KASIH






PERTANDINGAN BADMINTON MSSDKP 2018 - ADAM

8/2/18 - Bertempat di Dewan TJ Jaya Kelubi Smk Jitra telah mengahantar wakil pemain - pemain badminton perempuan untuk bertanding dalam Pertandingan Badminton MSSDKP 2018. Pemain - semain tersebut telah berusaha bersungguh - sungguh sehingga berjaya mendapat pingat bagi kategori masing - masing. Antaranya :

  • Naib juara Keseluruhan Bawah 15 Tahun 
  • Pingat Emas bergu perempuan Bawah 15 Tahun
  • Pingat Gangsa Bergu Perempuan Bawah 15 Tahun
  • 2 Pingat Gangsa Perseorangan Perempuan Bawah 15 Tahun
Pengetua Smk Jitra telah menyatakan bahawa bagi kategori bergu perempuan yang mendapat pingat emas, mereka boleh berjumpa dengan pengetua dan diberikan hadiah wang tunai sebanyak RM 200
SEKIAN TERIMA KASIH
BEAT THE LIMIT





Saturday 10 February 2018

KARNIVAL JOM MASUK U - NISAH

10/2/18 - Baru-baru ini , pihak SMK Jitra telah menghadiri pameran Karnival Pendidikan Tinggi. Pameran tersebut bermula pada pukul 9.00 a.m. yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Pelbagai universiti dan institusi telah memberi kerjasama dengan pihak penganjur seperti memberi taklimat kepada para pengunjung yang hadir. Sehubungan dengan itu , pihak pendidikan tinggi juga telah menyediakan cenderahati kepada para pengunjung yang hadir ke khemah mereka. Cenderahati tersebut merupakan pen , beg , brosur dan lain-lain.

Dengan ini berharap pameran sebegini diadakan lagi bagi memberi peluang kepada para pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu institusi.




KEJOHANAN BOLA KERANJANG MSSD KUBANG PASU 2018 - NABIL

6.2.2018 - Pasukan bola keranjang kategori 18P dari SMK Jitra telah meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Keranjang Peringkat MSSD Kubang Pasu 2018. Kejohanan tersebut berlangsung dari 6 Februari sehingga 10 Februari 2018 bertempat di SJKC Hwa Min, Tunjang. Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli pasukan bola keranjang kerana telah menaikkan nama sekolah dengan meraih kejayaan. Diharapkan lebih banyak lagi kejayaan yang akan dicapai oleh SMK Jitra pada masa yang akan datang.
"SMJ - BEAT THE LIMIT"

Senarai nama pemain yang terlibat.

Ketua Pasukan: Lee Jia Qian.

JADUAL SARINGAN DAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2018 - ASMA






THE BEAUTY OF PHYSIC - NISAH

9/2/18 - Pada hari Jumaat yang lepas, pihak SMK Jitra telah mengadakan bengkel pemantapan fizik dan matematik bagi pelajar tingkatan 5. Bengkel tersebut melibatkan semua pelajar tingkatan 5. Bengkel pemantapan ini bermula pada pukul 7.45 pagi hingga 12.30 tengahari yang bertempat di Dewan Ibnu Sina. Pihak SMK Jitra telah menjemput Dr.Nazri yang merupakan pensyarah dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Program sebegini wajar diadakan lagi bagi melahirkan pelajar yang celik dalam bidang fizik dan matematik.

Friday 9 February 2018

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH - AIDIL

  • 8/2/2018 - Baru-baru ini, Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah telah diadakan di SMK JITRA. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Majlis ini bermula pada jam 2.30 petang. Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ustazah Azlina Binti Ariffin. Tujuan majlis ini diadakan untuk melahirkan para asatizah di bumi SMK Jitra. Ramai pelajar yang mengambil bahagian dalam majlis ini. Terdapat pelbagai pertandingan yang diadakan antaranya adalah syarahan, nasyid, hafazan Al-Quran dan Tilawah Al-Quran. Acara syarahan dan nasyid diadakan di Dewan Ibnu Sina manakala acara hafazan dan tilawah Al-Quran diadakan di surau SMK JITRA. Penyampaian sijil akan diberikan pada perhimpunan rasmi minggu hadapan.



Tuesday 6 February 2018

KEJAYAAN PASUKAN SOFTBALL SMK JITRA - ASMA

6/2/2018 - Pasukan softball SMK Jitra U18L telah berjaya meraih gelaran Naib Johan peringkat daerah pada hari ini. Kejayaan pasukan softball ini merupakan kejayaan sulung pada tahun 2018 dan semoga dapat memberi suntikan untuk meraih kejayaan yang lebih gemilang. Tuan Pengetua SMK Jitra iaitu Encik Osman bin Noor dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada para pemain,jurulatih,pengurus dan semua penyumbang tenaga yang terlibat merealisasikan kemenangan pasukan softball SMK Jitra. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua. Pihak Buletin SMK Jitra mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan softball SMK Jitra yang telah meraih gelaran naib johan peringkat daerah sekaligus berjaya mengharumkan nama sekolah.
"SMJ - BEAT THE LIMIT"

Sunday 4 February 2018

SUKANTARA SMK JITRA 2018 - NABIL

4.2.2018 - Sukantara merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di sekolah-sekolah dalam Malaysia. SMK Jitra mengadakan sukantara pada 4 hingga 6 Februari 2018 bermula dari jam 3 hingga 6 petang. Hari Ahad dikhaskan untuk pelajar lelaki, Isnin pelajar perempuan rumah Baiduri, Delima dan Zamrud manakala Selasa pelajar perempuan rumah Nilam dan Mutiara. Aktiviti dimulakan dengan senaman memanaskan badan untuk mengelakkan kecederaan semasa bersukan. Antara aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan ialah lari 200m, lontar peluru dan lompat jauh. Rumah sukan yang mendapat kehadiran terbanyak akan mendapat wang tunai sebanyak RM200.
Berikut adalah senarai rumah sukan yang memenangi dalam sukantara ini :

SESI PETANG : Rumah Delima dengan markah 310 
SESI PAGI : Rumah Nilam dengan markah 527 
KEHADIRAN TERBANYAK SUKAN TARA : Rumah Delima 
JOHAN KESELURUHAN : Rumah Delima 

Sukantara membantu menyihatkan dan mencergaskan badan para pelajar. Ia juga mengeratkan hubungan silaturahim diantara guru dan pelajar. Oleh itu, diharapkan aktiviti seperti ini akan diteruskan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kebaikan bersukan. "Badan Sihat, Otak Cerdas"

Friday 2 February 2018

SUKAN ASRAMA - NISAH

31/1/18 - Pada hari Rabu yang lalu , dikala meyambut Hari Thaipusam , pelajar asrama telah mengadakan program dibawah kelolaan biro sukan asrama. Dengan itu , biro sukan telah mengadakan perlawanan bola tampar antara rumah sukan asrama. Aktiviti ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir kira-kira 11 pagi. Perlawanan bola tampar antara rumah sukan begitu meriah sekali . Justeru, dengan adanya aktiviti sukan sebegini dapat mencungkil bakat terpendam pelajar asrama.

Berharap program sukan sebegini dapat diadakan lagi bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah cemerlang dalam bidang sukan. Badan cergas minda cerdas!







MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....