Wednesday 25 November 2015

TAKWIM SMK JITRA - 'AQILAH

  


14 / 12 / 2015

Keputusan PT3 diumumkan

28 / 12 / 2015

Mesyuarat guru kali – 1 pada jam 8 pagi

29 / 12 / 2015

Pendaftaran tingkatan 1

30 dan 31 / 12 / 2015

Orientasi tingkatan 4 pada jam 8 pagi hingga 1 petang

31 / 12 / 2015

Program ‘ back to school ‘

3 / 1 / 2016

Sekolah dibuka semula bagi sesi 2016

Friday 20 November 2015

PERSARAAN WARGA SMKJ TERCINTA - SAKINA & ALYA

19 November 2015- SMKJ telah mengadakan majlis perpisahan bagi 3 warga SMK Jitra yang dicintai iaitu :

PN. HAJAH HAMISAH BINTI DAUD
PN HAJAH NORELA BINTI CHE DAN
PN SITI JAMALIAH BINTI YAHAYA










Majlis ini telah diadakan di Dewan Seri Jitra. Puan Siti Jamaliah yang merupakan seorang kerani yang sangat rajin di SMK Jitra telah memberikan ucapan yang amat menyentuh hati . Puan Siti sempat merakamkan pengumuman terakhir kepada para pelajar sebelum mengakhiri kata- katanya pada hari itu . Sesungguhnya, pengumuman terakhir itu akan menjadi perawat rindu kepada semua warga SMK Jitra sekalian .

Majlis disusuli dengan ucapan Puan Hajah Norela yang memberikan kata- kata azimat kepada pelajar- pelajar SMK Jitra agar keluar dari kepompong selesa dan berusaha ke arah kemajuan. " Selalulah menjadi pelajar insan kelas pertama " . Insya Allah, semua pelajar SMK Jitra akan berusaha sehabis mungkin untuk menjadi modal insan kelas pertama .

Tidak ketinggalan juga, Puan Hamisah juga turut memberikan kata- kata perangsang buat warga SMJ agar sentiasa berusaha . " Hargai dan gunakan masa sebaik mungkin dengan perkara yang berfaedah jika mahu memperoleh kejayaan, kecermelangan ini adalah hasil dari sikap pelajar manusia yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik, buktikan yang anda layak menjadi pelajar di sini dengan berusaha bersungguh - sungguh supaya kamu tidak kecundang " .

Encik Ahmad Rushdan iaitu Pengetua SMK Jitra turut memberikan ucapan ringkas dan padat kepada 3 orang warga SMK Jitra yang dicintai ini . "Wahai Puan Hajah Hamisah Binti Daud, wahai Puan Norela Binti Che Dan, wahai Puan Siti Jamaliah Binti Yahaya, percayalah bahawa bersara itu benar " . Kata - kata Tuan Pengetua tersebut amat mencuit hati semua warga SMK Jitra .

Majlis ini disusuli dangan pemberian cenderamata dari warga SMK Jitra kepada tiga insan yang disayangi dan dicintai ini. Pengorbanan mereka tidak akan kami lupakan, Penutupan majlis diserikan dengan upacara memotong kek . Semoga cikgu dan Puan Siti dikurniakan kebahagian di dunia dan akhirat serta dipanjangkan usia.

Sesungguhnya kehilangan insan yang tercinta ini sungguh menyentuh hati warga SMK Jitra . Semoga perpisahan ini disusuli dengan kerahmatan yang maha esa.


# kami sayang cikgu

# SMKJ sentiasa merindui

TEMUBUAL BERSAMA TUAN PENGETUA - SHAREH, AMIRUL, MARYAM, ALYA , AQILAH & SAKINA

19 November 2015- Sebelum ini telah kami katakan bahawa buruj yang telah menjadi penunjuk arah kami telah hilang. Kini, buruj yang baharu telah muncul untuk menerangi lautan kami semula. Warga buletin SMK Jitra telah mengadakan temubual bersama tuan Pengetua baharu SMK Jitra iaitu Tuan Ahmad Rushdan. Kami yang dianggotai enam orang warga buletin iaitu Amirul Ashraf, Shareh Aizuddin, Fadhlin Sakina, 'Aqilah Husna, Alya Irdina dan fotografer kami iaitu Maryam Insyirah. Beliau sangat berkaliber,berwawasan dan prihatin. Tuan pengetua juga tidak lokek berkongsikan pelbagai cerita berdasarkan pengalaman mengajar. Beliau telah berkhidmat selama hampir 35 tahun dan telah memberi pelbagai sumbangan terhadap generasi kini. Beliau telah menjadi pengetua kepada tiga buah sekolah termasuk SMK Jitra. Semua warga SMK Jitra amat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk mencapai kejayaan di bawah kepimpinan Tuan Ahmad Rushdan.

        Kami telah menanyakan beberapa soalan kepada Cikgu Rushdan. Beliau menjawab soalan kami dengan sangat tenang dan semua jawapan yang diberikan sangat ringkas dan padat. Beliau memberitahu kami tentang perasaan bangga dan seronok beliau kerana dapat memimpin dan menjadi pengetua kepada semua warga SMK Jitra. Beliau menyatakan tentang kemungkinan beliau akan bersara pada tahun 2017.  Walaupun hanya mempunyai tempoh dua tahun untuk memimpin SMK Jitra tetapi kami warga buletin sekolah merasakan bahawa banyak kebaikkan dan peningkatan yang akan diperoleh oleh seluruh warga SMK Jitra. Beliau menegaskan bahawa untuk mencapai sekolah Band 1 dan juga sekolah Berprestasi Tinggi, para pelajar perlulah menjadi amanah serta memberi kerjasama kepada pihak sekolah agar proses untuk mencapai matlamat tersebut berjalan dengan lancar. Beliau juga menegaskan bahawa seluruh warga SMK Jitra perlulah menjadi seperti satu keluarga bagi memudahkan proses tersebut. Persekitaran bagi beliau telah berubah kerana di Kolej Sultan Abdul Hamid, beliau hanya perlu membimbing pelajar lelaki tetapi di SMK Jitra, beliau perlu menghadapi pelajar lelaki dan perempuan. Beliau menegaskan bahawa disiplin para pelajar setakat ini masih berada dalam keadaan baik dan mereka perlulah selalu menjadi warga sekolah yang positif.


Proses Temubual





En Ahmad Rushdan melayari laman Buletin SMK Jitra




       Kami warga buletin SMK Jitra ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana tuan pengetua sudi meluangkan masa bersama - sama kami.

# smkj boleh


" SELAMAT DATANG AYAHANDA RUSHDAN " - Maryam

15 November 2015 - Setelah tamatnya perjuangan mantan pengetua Pn Hajah Latipah Binti Kassim di SMK Jitra, kini kedatangan En Ahmad Rushdan Bin Abd Aziz sebagai pengetua SMK Jitra pada hari ini membina suatu semarak yang baru kepada seluruh warga SMK Jitra. Kedatangan beliau ke SMK Jitra amat dialu-alukan oleh warga SMK Jitra. En Ahmad Rushdan Bin Abd Aziz yang merupakan mantan pengetua di Kolej Sultan Abdul Hamid meneruskan perjuangannya di SMK Jitra bagi memacu SMK Jitra ke arah kecemerlangan.


" Selamat datang ke SMK Jitra Ayahanda Rushdan "


Pengetua tiba di SMK Jitra pada pukul 11 pagi selepas ' send off ' di Kolej Sultan Abdul Hamid. Ketibaan beliau disambut mesra oleh para guru. Pertemuan tersebut diteruskan dengan mesyuarat bersama barisan Penolong Kanan dan guru-guru.

Mesyuarat Pengetua



En Ahmad Rushdan memberi ucapan



Kedatangan ayahanda Rushdan amat dihargai warga SMK Jitra. Semoga Tuan Pengetua dapat berkhidmat di SMK Jitra dan berjaya memimpin SMK Jitra ke arah kegemilangan untuk melahirkan insan-insan minda kelas pertama.

Wednesday 18 November 2015

JAMUAN AKHIR TAHUN GURU & STAF SMK JITRA - 'AQILAH


14 November 2015 - Tanggal keramat di mana SMK Jitra telah melakar satu sejarah yang bermakna.  Pada hari ini , En. Ahmad Rushdan bin Abd Aziz telah dengan rasminya menjawat jawatan sebagai pengetua SMK Jitra. Selamat datang kami ucapkan daripada warga SMK Jitra.

Pengetua ibarat nakhoda kapal yang mengemudikan sebuah bahtera . Jika tiada nakhoda kapal , maka karamlah bahtera itu . Diharapkan, dengan kehadiran EN. AHMAD RUSHDAN BIN ABD AZIZ selaku mantan pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid sebagai nakhoda yang baru di SMK Jitra akan dapat mencipta kejayaan yang lebih besar dan meneruskan perjuangan ke arah merealisasikan impian bahtera SMK Jitra dalam melahirkan insan minda kelas pertama. Kehadiran cikgu amat kami alu - alukan .

Sebagai pembuka tirai , pada jam 11 pagi bertempat di Dewan Sri Jitra 1 telah diadakan jamuan akhir tahun guru dan staf bagi meraikan berita gembira ini . Majlis ini diserikan lagi dengan ucapan daripada dua insan  pendidik iaitu Pn. hajah Hamisah bt Daud dan Pn. hajah Norela bt Che Dan serta Pn. Siti Jamaliah selaku staf SMK Jitra yang akan bersara .

Tuan pengetua sedang memberi ucapan

Tuan pengetua mendapat cenderahati daripada Puan Latipah bt Kassim 

Semua warga pendidik Smk Jitra sedang menjamu selera


Friday 13 November 2015

Aihtifalat Maal Hijrah - Alya & Aqilah

8 November 2015 - Sempena bulan Muharram yang baru menjelma ini, pihak sekolah telah mengadakan beberapa aktiviti bagi menyambut kedatangan Maal Hijrah . Aktiviti ini juga bertujuan untuk memenuhi waktu senggang para pelajar Tingkatan 3 yang sudah selesai dengan jayannya menduduki peperiksaan PT3 dengan aktiviti yang bermanfaat .


Pada jam 7.30 pagi, semua pelajar Islam berkumpul di Stadium Mini untuk bacaan surah amalan yang sudah menjadi kelaziman buat pelajar - pelajar SMK Jitra pada setiap pagi . Kira - kira jam 8 pagi, semua pelajar Tingkatan 3 diarahkan untuk ke Surau Al - Hidayah untuk mendirikan beberapa solat sunat iaitu solat hajat, solat dhuha dan diikuti dengan solat witir . Solat yang diimamkan oleh saudara MUHAMMAD FIRDAUS BIN NASIR dari Tingkatan 5 OPAL ini telah berjaya memupuk kesedaran kepada para pelajar bahawa pentingnya solat sunat selain solat fardhu . Selepas bacaan doa dan zikir, majlis ilmu ini diteruskan lagi dengan bacaan Al - Ma'thurat yang diketuai oleh saudara MUHAMMAD FIRDAUS BIN NASIR dan MUHAMMAD AMEERUL AMSYAR BIN JAMAL dari Tingkatan 5 OPAL .


Sementara pelajar-pelajar muslim sedang sibuk beribadah di surau , semua pelajar bukan muslim membantu guru-guru untuk menyediakan ramuan untuk memasak bubur asyura . Setelah selesai para pelajar beribadat dan menyedikan ramuan , semua pelajar Tingkatan 3 diagihkan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan membantu guru memasak bubur asyura manakala satu kumpulan lagi berkumpul di surau untuk mendengar tazkirah berkaitan Maal Hijrah sebelum para pelajar menjamah juadah yang disedikan ketika waktu  rehat selama 30 minit . Tazkirah yang ringkas dan padat itu disampaikan oleh Encik Ku Insanizdihar Bin Ku Idris yang merupakan seorang guru sejarah Pra - Universiti . Tazkirah tersebut amat sesuai untuk memberi kesedaran buat para pelajar yang kian hanyut disebabkan budaya barat pada era kini .


Kira - kira jam 12.45 tengah hari, tiga kawah bubur asyura siap dimasak . Bubur asyura tersebut diletakkan ke dalam bekas - bekas kecil untuk diagihkan kepada semua pelajar Tingkatan 3 dan   guru-guru .


Para pelajar Tingkatan 3 sedang mendirikan solat - solat sunat 
Bubur asyura

Encik Nizam sedang mengacau bubur asyura
Puan Hajah Latipah Binti Kassim (mantan pengetua SMK Jitra) turut hadir memeriahkan program





Para pelajar Tingkatan 3 bekerjasama menyediakan ramuan untuk memasak bubur asyura

Bubur asyura hasil air tangan guru - guru & para  pelajar telah siap dimasak

Friday 6 November 2015

KURSUS AMALI PENGURUSAN JENAZAH TINGKATAN 3- SHAREH DAN AMIRUL


2 November 2015 -Mati itu adalah pasti. Tujuan manusia dilahirkan di dunia adalah untuk mati. Kehidupan kita ibarat jalan raya. Tidak kira sepanjang mana jua jalan itu pasti akan mati juga ia. Tidak kira di mana sahaja seseorang itu bersembunyi, dia tetap tidak dapat lari daripada kematian. Kematian menyedarkan manusia bahawa ada yang lebih berkuasa daripada mereka. Oleh itu, mereka  akan sentiasa beribadat kepada kepada tuhan. Sebagai seorang muslim, penting untuk kita mengetahui bagaimana pengurusan jenazah dilaksanakan meskipun hukum meguruskan jenazah ialah fardhu kifayah iaitu wajib ke atas salah seorang penduduk kawasan itu sahaja tetapi jika tidak dikerjakan oleh salah seorang penduduk di kawasan itu, maka berdosalah keseluruhan penduduk . Oleh hal demikian , pihak SMK Jitra telah mengadakan kursus amali pengurusan jenazah bagi pelajar tingkatan 3 .

Program ini dimulakan pada waktu 8.30 pagi bertempat di surau SMK Jitra. EN . SALAHUDDIN BIN OSMAN , TUAN HAJI MAT ISA BIN MAHMUD DAN PN. HASNAH BINTI YAACOB dari Masjid Kodiang yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pengurusan jenazah telah dijemput untuk memberi pencerahan kepada para pelajar .

Model jenazah lelaki : MUHAMMAD AFIF BIN NORHISHAM
Model jenazah wanita : IZZAH AMELIA BINTI KASWADINATA

Program ini dijalankan seperti yang berikut :

8 pagi       : Semua pelajar berkumpul dan diberikan taklimat ringkas oleh Ustaz Badrul bin                    Hisham di surau sekolah.
8.30 pagi   : Pengurus yang dijemput telah hadir lalu menunjukan demonstrasi ringkas                          sebelum program dimulakan .
9.45 pagi   : Para pelajar diberikan rehat .
9.50 pagi   : Proses menyediakan kain kafan bagi model jenazah .
10.15 pagi : Proses memandikan jenazah dijalankan .
10.45 pagi : Proses mengkafankan jenazah
11.30 pagi : Proses menyembahyangkan jenazah dimulakan dan diimamkan oleh                                    MUHAMMAD SHAKIRIN
12.00 tengah hari : Bacaan tahlil dimulakan dan  dipimpin oleh MUHAMMAD AMMAR                                        QAYYUM
12.30 tengah hari : Diadakan soalan kuiz bagi menguji kefahaman para pelajar                                                 tentang aktiviti yang dijalankan.       
1.30 petang           : Majlis bersurai .


PERHARGAAN

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah menjayakan sesi pembelajaran kami pada masa itu. Ilmu yang telah kami perolehi amat banyak dan pasti akan kami praktikan suatu masa nanti..


TUAN HAJI MAHMUD (PAK NGAH CAA) MENUNJUK CARA-CARA MEMOTONG KAIN KAFAN
MODEL JENAZAH (IZZAH AMELIA BINTI KASWADINATA) SEDANG DIKAFANKAN OLEH PARA PELAJAR PEREMPUAN

TUAN HAJI MAT ISA BIN MAHMUD ( PAK NGAH CAA) SEDANG MEMBERI PENERANGAN KEPADA PARA PELAJAR


Thursday 5 November 2015

PAMERAN SENI - Maryam

Pameran Seni

7 Oktober 2015 - Pameran Seni telah diadakan di Dewan Ibnu Sina bagi mencungkil bakat pelajar-pelajar Pra-Universiti. Pameran ini telah dirasmikan oleh Pn. Hamisah binti Md. Daud (PK Pentadbiran) . Pameran ini dapat menyuntik cinta pelajar terhadap bidang kesenian serta meningkatkan apresiasi mereka terhadap seni dan kebudayaan. Setiap seni yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Pra-Universiti ini mempunyai keunikan masing-masing dan memberi banyak makna kepada pengunjung-pengunjung. Melalui pameran ini, terbuktilah bahawa pelajar-pelajar Pra-Universiti sangat kreatif dan mempunyai bakat yang menakjubkan serta nilai-nilai kesenian.


Perasmian Pameran Seni
Pelajar-pelajar Pra-Universiti
Pengunjung Pameran

Monday 2 November 2015

MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAWAS - ALYA

15 September 2015 - Alhamdulillah, majlis pentauliahan pengawas bagi sesi 2015/2016 ini sudah selesai dengan jayanya . Amanah dan tanggungjawab sudah diberikan kepada pelajar - pelajar yang terpilih . Para pelajar yang terdiri daripada pelajar sesi pagi dan petang ini bukan sahaja dipilih dari segi akademik, malah mereka semua terpilih kerana mempunyai kriteria yang lengkap termasuklah mempunyai ciri ciri kepimpinan dan jati diri yang tinggi . Jawatan Ketua Pengawas diamanahkan kepada seorang pelajar yang sungguh berkaliber, Muhammad Shafiq Akmal dari kelas 4 Opal .

Berikut merupakan nama - nama pengawas yang menjawat jawatan tertinggi di SMK Jitra :
Ketua Pengawas                : Muhammad Shafiq Akmal Bin Shaharizal ( 4 Opal )
Timbalan Ketua Pengawas 1 : Nur 'Aina Damia Binti Yahaya ( 4 Pearl )
Timbalan Ketua Pengawas 2 : Muhammad Hazwan Bin Noor Azizi ( 4 Pearl )
Timbalan Ketua Pengawas 3 : Kavitha a/p Manogaran ( 4 Amethyst )
Setiausaha                          : Nur Fatin Nafiessa Binti Mazzuan ( 4 Amethyst)
Bendahari                            : Muhammad Muslihin Bin Abdul Muaian ( 4 Opal )

Diharapkan agar bakal pemimpin - pemimpin negara pada masa hadapan ini dapat mimikul amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin . "Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara" .


Sunday 1 November 2015

PERSARAAN PUAN HAJAH LATIPAH BINTI KASSIM-AMIRUL & SHAREH


8 SEPTEMBER 2015 - Kehilangan besar bagi semua SMK Jitra. Telah tamatnya kepimpinan seorang pengetua yang berdisiplin, berkaliber dan seorang yang berwawasan di sekolah hari ini. Puan Hajah Latipah binti Kassim memulakan perjuangannya sejak Februari 2012 hingga 8 September 2015.


PUAN HAJAH LATIPAH BINTI KASSIM






   Penghargaan


Wahai ibu yang kami sayangi,pengorbanan mu seluas lautan. Engkau ibarat buruj pada malam hari yang membantu kami belayar. Kini lautan yang kami harungi sepi tanpa kilauan mu. Jasamu telah melahirkan ramai insan minda kelas pertama. Jasamu tidak dapat kami ungkapkan dengan kata-kata. Kami mendoakan agar cikgu panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga bahagia di pelabuhan abadi.



                   


  TERIMA KASIH CIKGU






SPM & STPM 2015 - SAKINA & 'AQILAH

1 November 2015 - Detik yang dinanti- nantikan telah tiba.Para pelajar senior sekolah SMK Jitra akan menduduki SPM & STPM pada hari esok Semua guru juga mengharapkan kejayaan para pelajar calon SPM & STPM yang menjadi ayam tambatan SMK Jitra. Oleh itu, para guru telah mengadakan pelbagai aktiviti dan kelas tambahan seperti Bengkel Menjawab Soalan Matematik Tambahan oleh En.Zainol Abidin Bin Ahmad merangkap Pengasas Pusat Tuisyen Darul Bakti.

Selain itu, warga sekolah juga mendoakan kejayaan pelajar- pelajar calon SPM & STPM  2015. Kami mengucapkan semoga berjaya dan dapat menjawab soalan dengan baik.







 # GOOD LUCK SPM & STPM 2015

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....